Jumaat, 16/1/26 – Assalam (tv Alhijrah) ✨
JUMAAT, 16/1/26 – ASSALAM (TV ALHIJRAH) ✨
Bersama Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi
(Jurucakap Pembinaan Masjid Al-Rahmah, Taman Bukit Rambai, Melaka)
???? DANA PEMBELIAN TANAH & PEMBINAAN
MASJID AL-RAHMAH,
TAMAN BUKIT RAMBAI, MELAKA ????
Masjid Al-Rahmah yang terletak di Taman Bukit Rambai, Melaka merupakan sebuah masjid kariah yang menjadi pusat ibadah dan penyatuan ummah bagi penduduk setempat. Masjid ini asalnya sebuah surau yang dibina pada tahun 1985 dan telah dinaik taraf sebagai Masjid Al-Rahmah pada tahun 2004.
Seiring dengan pertambahan pesat penduduk melebihi 4,000 orang, masjid sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat, khususnya pada hari Jumaat, Ramadan dan musim perayaan. Keadaan bangunan yang uzur serta kekangan ruang parkir turut menjadi cabaran utama.
Justeru itu, pihak masjid dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Melaka telah merancang pembinaan Masjid Al-Rahmah yang baharu di tapak yang lebih strategik dan luas. Projek ini memerlukan dana keseluruhan sebanyak RM13 juta, merangkumi pembelian tanah dan pembinaan masjid yang mampu menampung lebih 2,500 jemaah, lengkap dengan kemudahan dewan serbaguna, bilik pembelajaran dan parkir yang tersusun.
Masjid ini bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi lambang perpaduan, pusat ibadah dan saham akhirat untuk generasi kini dan akan datang.
Ayuh, kita bersama-sama menjadi asbab terbinanya rumah Allah ini.
✨ Satu sumbangan, sejuta keberkatan! ????????????
Sumbangan boleh disalurkan ke:
???? Bank Islam – 0401 5010 0848 78
(Wakaf Masjid Al-Rahmah)
???? Maybank – 5540 2701 5518
(Masjid Al-Rahmah)
INFO LANJUT:
???? Pengerusi (Hj Rahim) : 013-622 6997
???? Setiausaha (Hj Abu) : 019-276 0014
???? Bendahari (Hj Zul) : 013-204 4344
???? Facebook: Masjid Al-Rahmah, Taman Bukit Rambai, Melaka
???? Website: alrahmah.com.my
Terima Kasih ✨
