10 Akhir Ramadan Adalah Tempoh Yang Sangat Istimewa
10 Akhir Ramadan adalah tempoh yang sangat istimewa kerana di waktu ini lah adanya Lailatul Qadr, di mana Al-Quran pertama kali diturunkan dari Lauhul Mahfudz ke Baitul Izzah, ini juga waktu yang menjadi kesungguhan Ibadah dan menghidupkan sunnah.
Jika selama ini beramal, ini lah masanya untuk mengencangkan lagi amal kita.
Jika selama ini kita kadang rajin beribadah, kadang gelincir dan lesu, ini lah masanya kita mendidik diri dengan istiqamah.
Jika selama ini kita pendosa dan sering leka, ini lah masanya kita lakukan perubahan.
Jika selama ini kita jahil dan tidak tahu, ini lah masanya untuk belajar dan beramal.
Bayangkan sahaja betapa sayangnya Allah kepada kita kerana masih beri peluang kita menemui 10 akhir Ramadan pada tahun ini. Bayangkan betapa hebatnya ganjaran yang dilipat gandakan bagi amalan kita sewaktu Ramadan ini. Dan betapa hebatnya pula sekiranya kita telah menemui Lailatul Qadr dengan amalan-amalan kita.
Oleh itu, ayuh lah kita beramal dengan dahsyatnya. Banyakkan solat, banyakkan tadabbur Al-Quran, banyakkan zikir, banyakkan kata-kata baik dan membantu, dan banyakkan lagi bersedekah.
Antara amalan yang paling hebat dan paling mudah adalah sedekah, kerana bukan sahaja sedekah itu memadamkan dosa, melapangkan rezeki, malah ia memakbulkan doa. Hebatnya pahala jariah dari sedekah itu hinggakan dalam Surah Al-Munaafiqun ayat 10 menceritakan bahawa manusia yang telah mati juga memohon dihidupkan kembali untuk bersedekah!
Bahkan, jika kita bersedekah untuk pembinaan dan infrastruktur Masjid, bukan sahaja kita mengejar menjadi sebaik baik manusia dengan memberi manfaat kepada orang lain, malah kita juga dijanjikan Allah mahligai di dalam syurga. Meskipun sumbangan kita hanya sekecil sarang burung mahupun lebih kecil lagi!
Ayuh semua, bersegera lah ke arah kebaikan! Ayuh Infak untuk Pembinaan Masjid Baru Masjid Al Rahmah Taman Bukit Rambai Melaka.
Infak dan Wakaf anda yang dermawan dan dirahmati Allah boleh disalurkan ke;
Maybank : 5540 2701 5518
Bank Islam : 0401 5010 0848 78
Untuk Pertanyaan Lanjut;
Pengerusi : 013-6226997 Hj Rahim
Bendahari : 013-2044344 Hj Zulkifle
Setiausaha : 019-2760014 Hj Abu Hanifah
