Salam Maulidul Rasul 1448h / 2026m
SALAM MAULIDUL RASUL 1448H / 2026M ????✨
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sempena peringatan kemunculan pembawa rahmat dan petunjuk buat seluruh alam, marilah kita menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah SAW bukan sahaja melalui ucapan selawat, malah dengan mengamalkan doa-doa yang sering menjadi amalan harian Baginda.
Berikut adalah antara doa yang kerap dibaca oleh Rasulullah SAW untuk kita amalkan bersama:
Doa Kebaikan Dunia & Akhirat (Hadis daripada Anas R.A)
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: "Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka."
Doa Ketetapan Hati (Hadis daripada Anas R.A & Ummu Salamah R.A)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu."
Semoga Allah SWT mengurniakan kita keistiqamahan dalam meneladani akhlak dan amalan Nabi Muhammad SAW serta mencurah rahmat-Nya buat kita semua.
???? Ikhlas daripada:
Masjid Al Rahmah, Taman Bukit Rambai
75250 Melaka
???? Website: alrahmah.com.my
FB: Masjid Al Rahmah, Taman Bukit Rambai
